Notis PDPA dan
perlindungan data

Cara TadikaPro mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

Berkuat kuasa 1 Januari 2026Kemas kini terakhir Julai 2026
Bahagian mana yang berkaitan dengan saya?
Pilih peranan anda dan kami tandakan bahagian yang berkaitan. Semua bahagian tetap terpakai kepada anda.
1

Pernyataan pematuhan PDPA

Berkaitan dengan anda
Ibu bapaCikgu & stafPemilik taska dan tadika

TadikaPro ialah sistem pengurusan taska dan tadika yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Aventcloud Sdn Bhd [No. pendaftaran SSM]. Kami berusaha mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan pindaannya, serta tujuh prinsip perlindungan data di bawah akta tersebut.

Taska atau tadika yang melanggan TadikaPro ialah pengguna data bagi maklumat murid, ibu bapa dan staf mereka. Aventcloud memproses data tersebut bagi pihak taska atau tadika, mengikut arahan mereka dan dasar ini.

Prinsip amData peribadi hanya diproses untuk tujuan yang sah dan berkaitan terus dengan pengurusan taska dan tadika.
Notis dan pilihanPengguna dimaklumkan tentang data yang dikumpul, tujuan penggunaannya dan pilihan yang ada kepada mereka.
PenzahiranData hanya didedahkan untuk tujuan ia dikumpul. Kami tidak menjual atau menyewakan data peribadi kepada pihak ketiga.
KeselamatanLangkah teknikal dan pentadbiran diambil untuk melindungi data daripada kehilangan, salah guna dan akses tanpa kebenaran. Butiran di bahagian 3.
PenyimpananData disimpan selagi diperlukan untuk tujuan asal atau seperti yang dikehendaki undang-undang. Butiran di bahagian 7.
Integriti dataKami mengambil langkah munasabah supaya data peribadi tepat, lengkap dan terkini.
AksesSubjek data berhak mengakses dan membetulkan data peribadi mereka. Butiran di bahagian 5.
2

Data yang kami kumpul

Berkaitan dengan anda
Ibu bapaCikgu & stafPemilik taska dan tadika
KategoriContohTujuan
Maklumat taska dan tadikaNama taska atau tadika, alamat, cawangan, logo, maklumat pendaftaranPersediaan akaun dan pengenalan
Data stafNama, no. kad pengenalan, telefon, e-mel, jawatan, kehadiran, cuti, gaji dan tuntutanPengurusan staf, kehadiran dan gaji
Data ibu bapaNama, no. telefon, e-mel, hubungan dengan muridAkaun aplikasi ibu bapa: maklumat dan perkembangan anak, pengumuman, aktiviti, gambar aktiviti, invois, resit dan bayaran
Data muridNama, tarikh lahir, no. MyKid atau sijil lahir, kelas, kehadiran, maklumat kesihatan dan alahan, foto, rekod perkembangan, RPH dan log harianPendaftaran, kehadiran, keselamatan dan kesihatan murid, serta rekod pembelajaran
Data kewanganInvois, resit, rekod bayaran online, rekod bayaran yang dikemas kini oleh ibu bapa, baucar pembayaran, sejarah yuranPengurusan yuran, pengesahan bayaran oleh taska atau tadika, dan laporan kewangan
Data penggunaanMasa log masuk, jenis peranti, token notifikasiKeselamatan akaun, notifikasi dan penambahbaikan sistem
Pelanggan newsletterAlamat e-melMenghantar tips, kemas kini dan tawaran TadikaPro. Boleh berhenti langgan bila-bila masa
Testimoni dan maklum balasNama, nama taska atau tadika, peranan, penilaian dan testimoniMenambah baik TadikaPro. Testimoni hanya dipaparkan di laman web dengan kebenaran pengguna
3

Langkah keselamatan data

Berkaitan dengan anda
Pemilik taska dan tadika
Kawalan akses ikut perananSetiap pengguna hanya nampak menu dan data ikut peranan: pemilik jenama, pemilik cawangan, pengurus cawangan, admin, cikgu, pekerja atau ibu bapa/penjaga. Contohnya, pengurus cawangan tidak nampak laporan kewangan, untung rugi dan gaji kakitangan, pekerja hanya nampak gaji sendiri, dan ibu bapa hanya nampak anak sendiri.
Akaun ibu bapa terkawalIbu bapa tidak boleh mendaftar sendiri. Akaun hanya diwujudkan oleh admin taska atau tadika.
Pengasingan data taska dan tadikaData setiap taska dan tadika diasingkan, dan pengguna satu taska atau tadika tidak boleh mengakses data taska atau tadika lain.
Penyulitan dataSemua data dihantar melalui sambungan HTTPS yang disulitkan (TLS 1.2 ke atas). Data tersimpan dalam pangkalan data dan fail yang dimuat naik (seperti gambar dan dokumen) disulitkan menggunakan AES-256.
Hosting dan sandaranSistem dihoskan di Amazon Web Services (AWS) di rantau Asia Pacific (Malaysia). Pangkalan data disandarkan secara automatik dan berterusan, dengan sandaran disimpan selama 7 hari (boleh dipulihkan ke mana-mana titik masa dalam tempoh tersebut).
Kata laluanKata laluan disimpan dalam bentuk hash sehala menggunakan algoritma bcrypt dan tidak boleh dibaca semula, termasuk oleh pentadbir sistem.
4

Perkhidmatan pihak ketiga

Berkaitan dengan anda
Ibu bapaPemilik taska dan tadika
PerkhidmatanTujuanData dikongsi
ToyyibPayPemprosesan bayaran online (FPX)Nama pembayar, e-mel, telefon, jumlah invois
Firebase Cloud Messaging (Google)Notifikasi push ke aplikasi ibu bapaToken peranti, kandungan notifikasi
Amazon Web Services (AWS)Hosting sistem, pangkalan data dan failSemua data yang disimpan dalam sistem
Penyedia e-mel SMTPE-mel sistem seperti tetapan semula kata laluanAlamat e-mel penerima, kandungan e-mel

Kami tidak menjual atau berkongsi data peribadi dengan pengiklan atau broker data. Senarai ini akan dikemas kini jika penyedia berubah.

5

Hak subjek data

Berkaitan dengan anda
Ibu bapaCikgu & staf

Di bawah PDPA, anda berhak untuk:

  • Mengakses data peribadi anda yang disimpan dalam TadikaPro
  • Membetulkan data yang tidak tepat atau tidak lengkap
  • Menarik balik persetujuan pemprosesan data, yang mungkin menjejaskan penggunaan perkhidmatan
  • Meminta pemadaman akaun dan data berkaitan, tertakluk kepada tempoh simpanan yang diwajibkan undang-undang

Ibu bapa dan staf dinasihatkan menghubungi admin taska atau tadika terlebih dahulu, kerana taska atau tadika ialah pengguna data. Anda juga boleh menghubungi kami di support@aventcloud.com atau WhatsApp +6011 2081 9363.

6

Data kanak-kanak

Berkaitan dengan anda
Ibu bapaPemilik taska dan tadika

TadikaPro memproses data kanak-kanak hanya untuk tujuan pengurusan taska dan tadika, dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga semasa pendaftaran di taska atau tadika.

  • Maklumat kesihatan dan alahan ialah data peribadi sensitif di bawah PDPA, dan hanya diproses dengan persetujuan nyata ibu bapa atau penjaga
  • Foto aktiviti hanya dikongsi kepada ibu bapa murid berkenaan melalui aplikasi, untuk rekod dan aktiviti taska dan tadika, dan tidak digunakan untuk pemasaran TadikaPro
  • Data murid hanya boleh dilihat oleh staf taska atau tadika yang diberi akses dan ibu bapa murid tersebut
  • Tiada pemasaran terus kepada kanak-kanak
  • Data murid disimpan dengan pengasingan yang sama seperti data taska dan tadika lain
7

Penyimpanan data

Berkaitan dengan anda
Pemilik taska dan tadika
  • Akaun aktif: data disimpan sepanjang tempoh langganan taska atau tadika.
  • Langganan tamat: data dipadam selepas 90 hari dari tarikh tamat, kecuali taska atau tadika meminta salinan atau lanjutan.
  • Rekod kewangan: seperti invois, resit dan baucar pembayaran disimpan selama 7 tahun, mengikut keperluan Akta Cukai Pendapatan 1967.
  • Permintaan pemadaman: diproses dalam tempoh 21 hari selepas disahkan. Jika lebih masa diperlukan, kami akan maklumkan sebabnya secara bertulis.
8

Hubungi kami

Berkaitan dengan anda
Ibu bapaCikgu & stafPemilik taska dan tadika
Aventcloud Sdn Bhd [No. pendaftaran SSM]24-1, Jalan Pulau Lumut Q U10/Q, Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, SelangorPegawai Perlindungan Data: sales@aventcloud.comWhatsApp: +6011 2081 9363Laman web: tadikapro.my